MyCoopMed

Apakah Guarantee Letter (GL)?

Facebook
Telegram
WhatsApp

Sekiranya anda merupakan pelanggan baharu atau pelanggan lama yang tidak pernah/ tidak mempunyai pengetahuan dalam membuat sebarang tuntutan, terma guarantee letter atau GL mungkin kedengaran asing bagi anda. Apakah GL dan mengapakah ianya sangat penting dalam proses tuntutan bayaran bil hospital? Menerusi artikel ini, anda akan belajar mengenai surat GL dan proses untuk mendapatkannya dengan MyCoopMed.

Guarantee Letter (GL) adalah surat jaminan yang dikeluarkan daripada syarikat insurans atau takaful kepada pihak hospital yang menyatakan bahawa pihak insurans bersetuju untuk menanggung segala kos rawatan yang dikenakan kepada pemegang medical card. Selepas GL dikeluarkan, pesakit yang juga pemegang medical card tersebut tidak perlu risau mengenai bil hospital mereka. Ini kerana pengeluaran GL turut menandakan tiada halangan untuk pihak insurans membayarnya dan tuntutan yang dibuat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam polisi.

Namun perlu diingatkan juga bahawa GL selalunya dikeluarkan di panel-panel hospital terpilih sahaja. Untuk pelanggan MyCoopMed, mereka yang baru sahaja membuat pembelian pelan perlindungan akan diberikan beberapa dokumen penting bersama medical card mereka. Antaranya adalah resit pembayaran dan senarai panel hospital kerajaan dan swasta di mana tuntutan boleh dilakukan. Pelanggan hanya perlu merujuk kepada senarai tersebut sebelum dimasukkan ke wad di hospital tertentu. Pelanggan sebaiknya memilih untuk memasuki hospital yang sudah didaftarkan sebagai panel dalam sistem MyCoopMed bagi memudahkan proses tuntutan. Pelanggan berisiko untuk lambat menerima bayaran sekiranya memasuki hospital yang bukan panel, berkemungkinan juga bil hospital yang dikeluarkan tidak akan ditanggung oleh pihak insurans.

Meskipun ianya adalah kelebihan yang dapat dinikmati oleh anda sebagai pemegang medical card MyCoopMed, terdapat beberapa langkah yang perlu anda lalui sebelum GL dapat dikeluarkan. Tidak perlu khuatir kerana setiap langkah adalah mudah untuk diikuti dan tidak akan memakan masa yang lama:

  1. Pergi ke kaunter kemasukan hospital (sebaiknya panel berdaftar di bawah MyCoopMed).
  2. Isi borang Integrated Health Plans (IHP) di bawah borang Third-party Administrator (TPA).
  3. Serahkan borang yang sudah diisi kepada pihak hospital dan GL akan dikeluarkan selepas dua (2) jam. Sekiranya GL masih tidak dikeluarkan selepas tempoh tersebut, anda boleh telefon hotline MyCoopmed di 1800-38-7777 atau HQ MyCoopmed di 03-76125459.

GL akan dikeluarkan ketika sebelum anda dimasukkan ke hospital dan sebelum anda dibenarkan untuk pulang. Proses ketika kemasukan memerlukan inisiatif daripada pelanggan sepenuhnya bagi mendapatkan GL. Namun ketika proses discaj, ianya lebih melibatkan pihak hospital dan pihak insurans sahaja. Setelah Final Guarantee Letter dikeluarkan, barulah pelanggan dibenarkan untuk pulang. Ia turut menandakan pihak insurans telah selesai menjalankan siasatan terhadap bil rawatan yang dikeluarkan dan pembayaran akan diteruskan.

Bolehkah pihak insurans tidak mengeluarkan GL untuk pemegang medical card? Jawapannya: Ya. Pelbagai sebab bagaimana permohonan GL pelanggan boleh ditolak. Paling kerap kali terjadi adalah ketika pelanggan dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit tertentu di mana rawatan atau penyakit tersebut tidak dilindungi. Pelanggan perlu cakna dengan kandungan polisi insurans mereka terutamanya bahagian senarai penyakit dan rawatan yang dilindungi, kadar perlindungan, syarat perlindungan dan senarai pengecualian perlindungan. Pihak insurans semestinya tidak dapat melakukan apa-apa yang berada di luar polisi insurans pelanggan melainkan pelanggan sendiri perlu menanggung kos rawatan itu sendiri. Antara sebab lain yang boleh membuatkan permohonan GL pelanggan ditolak adalah penyakit dialami melibatkan mental (diletakkan dalam senarai pengecualian perlindungan MyCoopMed) dan pelanggan ingin menerima rawatan untuk sebarang penyakit yang tidak diisytiharkan sebelum membeli pelan perlindungan.

Di sini kita dapat melihat apakah itu GL dan mengapa ia sangat penting ketika proses kemasukan ke hospital dan discaj. GL memberi jaminan kepada pihak hospital bahawa terdapat pihak lain yang akan membuat bayaran untuk caj rawatan pelanggan. Maka, ia sangat penting buat pelanggan supaya menghubungi pihak insurans atau ejen bertugas sebelum memasuki hospital bagi memastikan syarat untuk menerima GL dapat dipenuhi tanpa sebarang masalah. Selain dengan bantuan ejen atau pihak insurans, pelanggan juga perlu meneliti polisi insurans yang ditandatangani supaya tidak wujud salah faham antara pelanggan, pihak hospital dan pihak insurans. Inisiatif anda adalah sangat dihargai agar proses permohonan GL dan kemasukan anda ke hospital dapat dilakukan dengan cepat, mudah dan tanpa sebarang masalah yang rumit.

Dapatkan Lebih Perkongsian

woman, senior, portrait-100343.jpg

Alzheimer

“Maklumlah…umur dah makin meningkat…biasalah kalau makin pelupa…,” Kita mungkin acap kali mendengar kenyataan di atas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop