MyCoopMed

Ensiklopedia Kanser: Limfoma

Facebook
Telegram
WhatsApp

Penyakit limfoma mungkin tidak selalu dibincangkan apabila topik mengenai kanser muncul. Sedangkan hakikatnya, limfoma adalah satu daripada 14 jenis kanser umum yang wujud setakat ini. Mungkin kerana ia lebih mudah untuk dirawat serta peluang untuk sembuh daripadanya adalah besar, maka ianya tidak dilihat sebagai berbahaya di mata ramai. Hakikat ini juga membuatkan ramai kurang mengetahui bagaimanakah bentuk limfoma itu sendiri dan apakah simptom-simptomnya. Oleh itu, mari kita jadikan artikel kali ini sebagai langkah pertama kepada perubahan dan mula memahami mengenai apakah itu limfoma sebenarnya.

Limfoma adalah sejenis kanser yang bermula dari sel-sel yang sepatutnya melawan jangkitan daripada memasuki sistem imun badan, iaitu lymphocytes. Sel ini terkandung dalam organ tubuh badan seperti sum-sum tulang dan limpa. Limfoma akan terjadi apabila sel lymphocytes tersebut mula berubah dan membesar tanpa sebarang kawalan; melayakkan penyakit ini untuk dikategorikan sebagai ‘kanser’. Limfoma terbahagi kepada dua jenis iaitu Non-Hodgkin dan Hodgkin. Perbezaan antara kedua-dua jenis ini adalah dari segi kepantasan sel lymphocytes itu merebak dan organ mana yang dijangkiti. Penghidap limfoma jenis Non-Hodgkin akan mendapat sel lymphocytes mereka hanya menjangkiti organ-organ yang berkaitan dengan sistem limfa mereka seperti hati dan thymus. Berbeza dengan penghidap jenis Hodgkin di mana sel tersebut merebak terlalu cepat dan mungkin akan menjangkiti organ lain.

Dari manakah punca seseorang mula dijangkiti limfoma? Ianya masih kekal sebagai sebuah misteri sehingga kini. Namun, anda masih mampu untuk berhati-hati dengan penyakit ini dengan mengambil kira beberapa faktor. Antaranya adalah sekiranya anda seorang lelaki, mempunyai sistem imun badan yang rendah/menghidap penyakit imun, mempunyai sejarah limfoma dalam keluarga dan terdedah kepada bahan-bahan kimia untuk membunuh serangga. Langkah berjaga-jaga juga perlu diambil untuk limfoma Non-Hodgkin sekiranya anda berumur 60 tahun ke atas; 20 hingga 30 tahun dan 55 tahun ke atas untuk limfoma Hodgkin; kerana seseorang lebih berisiko untuk menghidap kanser ini pada kumpulan-kumpulan umur tersebut.

Anda dinasihatkan untuk membuat konsultasi dengan pakar sekiranya anda mulai merasakan seram sejuk atau demam yang berpanjangan, hilang berat badan dan selera makan, kegatalan, kepenatan dan terutamanya sekali, bengkak di kawasan lymph nodes anda seperti leher, ketiak dan pangkal paha yang tidak menyakitkan. Ini adalah antara simptom-simptom awal seseorang itu berkemungkinan menghidap limfoma dan langkah pencegahan perlu disegerakan. Antara simptom lain yang mungkin dapat ditunjukkan adalah batuk yang berpanjangan, sesak nafas dan bengkak di kawasan abdomen. Pada fasa ini, konsultasi tidak boleh lagi ditangguh kerana semakin lama perkara ini dibiarkan tanpa sebarang diagnosis, sel lymphocytes akan lebih cepat merebak dan merosakkan organ yang lain. Pada pengakhirannya, sistem imun badan akan gagal berfungsi dan sebarang jangkitan luar tidak dapat dilawan lagi. (Disclaimer: Simptom-simptom ini mungkin juga disebabkan oleh penyakit lain. Anda disaran untuk berjumpa dengan pakar untuk menerima diagnosis yang lebih tepat.)

Berapa lamakah seseorang dapat bertahan untuk hidup selepas menghidap limfoma? Berbanding dengan jenis-jenis kanser lain, limfoma boleh dianggap sebagai kurang bahaya. Ini kerana ianya lebih mudah untuk dirawat dan kebanyakan pesakit mempunyai peluang yang tinggi untuk sembuh sepenuhnya. Oleh itu, isu mengenai jangka hayat untuk pesakit limfoma jarang sekali dibincangkan. Meskipun seseorang menghidap limfoma Hodgkin, peratusan kesembuhan masih tinggi buat mereka dengan beberapa jenis rawatan. Semestinya, kemoterapi adalah antara rawatan yang disarankan oleh pakar tetapi terdapat juga rawatan lain seperti radioimmunoterapi dan steroids. Pembedahan juga adalah antara pilihan yang diberi dan ia melibatkan pengeluaran organ yang dijangkiti dengan limfoma tetapi ianya bukanlah pilihan utama. Pakar lebih memilih rawatan terapi kerana objektif utama rawatan diberikan adalah untuk membunuh sel-sel kanser sahaja, bukan pengeluaran organ yang masih lagi dapat diselamatkan.

Limfoma mungkin dikategorikan sebagai kurang bahaya tetapi seperti yang kita tahu, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Rawatan untuk kanser sebegini masih menelan kos yang tinggi, sama seperti kanser-kanser lain yang lebih kronik. Proses sepanjang menerima rawatan dan menanti untuk mendapat kesembuhan juga bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, apatah lagi memakan masa yang sedikit. Sekiranya ditambah dengan beban kewangan untuk membiayai kesemuanya, semestinya istilah kehidupan yang indah akan mula terpadam dari kamus hidup anda. 

Jadi, kita harus ambil iktibar dan memulakan langkah pencegahan awal. Jaga kesihatan, amalkan diet seimbang dan sentiasa memantau sepanjang perubahan pada diri anda. Dari segi kewangan pula, anda boleh mengambil langkah awal dengan melaburkannya ke arah kesihatan seperti membeli pelan perlindungan kesihatan dan membeli suplemen yang meningkatkan sistem imun anda. Berbelanja ke arah kesihatan mengikut kemampuan anda. Mungkin anda melihat usaha anda pada saat ini tidak banyak, tetapi ia akan memberi impak besar kepada hidup anda suatu hari nanti.

Dapatkan Lebih Perkongsian

woman, senior, portrait-100343.jpg

Alzheimer

“Maklumlah…umur dah makin meningkat…biasalah kalau makin pelupa…,” Kita mungkin acap kali mendengar kenyataan di atas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop