MyCoopMed

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)

Facebook
Telegram
WhatsApp

Hari Wanita Sedunia adalah sebuah acara global di mana ia bertujuan untuk meraikan setiap wanita yang sangat bermakna kepada kita semua. Ianya disambut pada setiap 8 Mac, sekaligus menjadikan bulan Mac sebagai bulan istimewa untuk meraikan kaum wanita. Sambutan ini bukan sahaja bertujuan untuk merayakan para wanita yang telah berkorban dan mencurahkan kasih sayang kepada mereka yang tersayang, tetapi juga sebagai bulan kesedaran mengenai beberapa isu berkaitan diri wanita itu sendiri. Kempen kesedaran mengenai kanser serviks dan penderaan domestik adalah antara acara yang semestinya bakal dirancang oleh pihak-pihak tertentu sepanjang bulan ini, menjadikan sambutan Hari Wanita Sedunia antara konvensyen terbesar yang mengutarakan pelbagai isu penting yang melanda masyarakat kini.

Kami juga tidak ketinggalan dalam menyatakan penghargaan kepada para wanita yang sangat bermakna dalam kehidupan kami, selain turut mengambil peluang ini untuk menyebarkan kesedaran mengenai beberapa penyakit yang akan lebih menghantui kaum wanita berbanding lelaki. Oleh itu, sepanjang bulan ini, kami akan mengarahkan penulisan artikel kami kepada perbincangan mengenai penyakit-penyakit wanita sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran kami. Diharap dengan kempen istimewa ini, ramai akan lebih sedar dan akan mengambil langkah awal dalam mencegah penyakit-penyakit feminin ini.

Haid tidak menentu atau tempoh haid yang terlalu panjang – petanda pertama kepada wanita di luar sana untuk memantau kitaran haid anda. Ditambah pula dengan simptom lain seperti terlalu banyak bulu tumbuh di muka atau badan, kulit berminyak dan keguguran rambut, anda perlu mula berjumpa dengan pakar sakit puan kerana ini adalah antara simptom anda mungkin mengalami PCOS. Polycystic ovary syndrome (PCOS) adalah sindrom yang sering berlaku kepada wanita di mana ianya adalah sejenis gangguan hormon yang mempengaruhi kebolehan ovari untuk menghasilkan ovum. Ianya terjadi apabila ovari menghasilkan kantung-kantung kecil yang dipanggil sebagai follicles berukuran dalam 8mm setiap satu. Disebabkan kantung-kantung ini, ovari mungkin gagal untuk menghasilkan ovum bagi proses persenyawaan.

PCOS mempunyai 3 ciri utama iaitu; 1) Haid yang tidak menentu, tidak selalu atau berpanjangan – menunjukkan ovari anda tidak dapat menghasilkan ovum. 2) Androgen yang berlebihan – kandungan hormon-hormon lelaki yang tinggi dalam badan yang boleh dilihat secara fizikal seperti bulu tumbuh dengan banyak di muka atau badan 3) Polycystic ovaries – ovari anda membesar dan mengandungi follicles yang akan membejat kebolehan ovari anda untuk menghasilkan ovum dengan lebih kerap. Sekiranya tubuh anda menunjukkan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 simptom yang disenaraikan, besar kemungkinan anda sedang mengalami PCOS. 

Punca seseorang boleh mengalami PCOS masih tidak diketahui dengan jelas tetapi terdapat beberapa teori mengenainya. Antaranya adalah 1) Insulin berlebihan – kebanyakan wanita yang menghidap PCOS menunjukkan kandungan insulin yang terlalu tinggi, seiring dengan kandungan gula dalam badan. Insulin berlebihan memberi kesan kepada penghasilan androgen yang akan menyebabkan kesukaran dalam menghasilkan ovum. 2) Keturunan – PCOS boleh diwarisi dari generasi sebelumnya 3) Keradangan – mampu menyebabkan polycystic ovaries untuk menghasilkan androgen, yang kemudiannya mungkin menyebabkan masalah jantung dan salur darah.

Komplikasi melibatkan PCOS adalah lebih besar dari yang kita sangka meskipun ianya adalah penyakit yang biasa kita dengar. Ianya juga tiada ubat yang spesifik melainkan ubat untuk mengawal simptom-simptom yang ada. Komplikasi utama yang sering dikaitkan dengan PCOS adalah kemandulan dan juga kelahiran pra-matang dan keguguran. Ini adalah komplikasi yang mudah dijangka menerusi apa kita tahu mengenai follicles dan penghasilan ovum. Namun, PCOS juga dapat memberi kesan dari segi lain seperti diabetes, gangguan tidur dan endometriosis sekiranya ia dibiar tanpa sebarang kawalan. Inisiatif masih perlu diambil untuk mengawal PCOS meskipun ia tidak dapat dirawat sepenuhnya. 

Antara simptom PCOS adalah disebabkan daripada berat badan berlebihan. Oleh itu, kebanyakan pakar akan mencadangkan untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan diet yang seimbang. Pesakit juga dibenarkan untuk mengambil ubat-ubatan untuk simptom-simptom lain seperti keguguran rambut, haid tidak menentu dan masalah kesuburan. Namun, sekiranya pengambilan ubat juga tidak memberi kesan, pesakit boleh memilih untuk menjalani pembedahan yang dipanggil laparoscopic ovarian drilling (LOD) di mana tisu-tisu di ovari yang mengakibatkan penghasilan androgen akan dibuang. Ia sekaligus dapat mengawal PCOS dengan lebih efektif dan pesakit, terutamanya yang merancang untuk mengandung, mempunyai peluang untuk meneruskan rancangan itu.

PCOS pada dasarnya, bukanlah penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian tetapi ianya mempunyai tahap bahayanya yang tersendiri. Jika anda adala seorang wanita yang ingin mempunyai zuriat, PCOS adalah halangan yang besar untuk anda dan sering kali, ia menjadi tembok penghalang yang kekal antara anda dan cita-cita anda. Tetapi dengan kemajuan teknologi perubatan sekarang, mungkin kita dapat melihat perubahan yang lebih ketara akan berlaku. Mungkin selepas ini, PCOS dapat dirawat secara terus dan pesakit tidak perlu risau mengenai kemungkinan ia akan datang semula. Namun sebelum perkara itu dapat dicapai, iaya adalah lebih baik sekiranya kita mengambil inisiatif sendiri dengan menjaga tubuh badan kita dan berjumpa dengan pakar sekiranya masalah dialami berlarutan. Segalanya perlu mula dari diri kita terlebih dahulu sebelum kita dapat meletakkan harapan pada yang lain.                                                                          

Dapatkan Lebih Perkongsian

woman, senior, portrait-100343.jpg

Alzheimer

“Maklumlah…umur dah makin meningkat…biasalah kalau makin pelupa…,” Kita mungkin acap kali mendengar kenyataan di atas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop