MyCoopMed

Kelebihan Berpuasa terhadap Kesihatan Tubuh Badan

Facebook
Telegram
WhatsApp

Ramadan adalah salah satu bulan dalam kalendar Islam di mana setiap penganutnya diwajibkan untuk berpuasa dari detik matahari terbit sehingga matahari terbenam sepanjang bulan tersebut. Buat umat Islam, ianya adalah satu bulan yang penuh dengan keberkatan dan kesucian serta menjanjikan pelbagai ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Dapat kita lihat di sini, Ramadan adalah bulan yang sangat penting buat umat Islam untuk memfokuskan diri dari segi pembaikan rohani dan membentuk keperibadian yang lebih baik dari sebelumnya.

Namun tahukah anda, sambutan Ramadan juga dapat memperbaiki sistem tubuh badan kita? Secara spesifiknya, amalan berpuasa selama hampir 12 jam setiap hari buat sebulan ternyata memberi kesan yang baik terhadap kesihatan tubuh badan kita. Mungkin ada antara kita lebih melihat aktiviti berpuasa sekadar sebagai tuntutan agama, tetapi telah banyak kajian saintifik menunjukkan bahawa tuntutan berpuasa ini memberi banyak kelebihan kepada sesiapa yang melakukannya. Kelebihan berpuasa telah kerap kali dikaji oleh pakar-pakar dalam bidang tertentu seperti perubatan dan pemakanan sehingga aktiviti berpuasa bukanlah sekadar dibuat atas tunttutan agama, tetapi juga sebagai kehendak sendiri.

Terdapat banyak kelebihan berpuasa untuk kesihatan, antaranya adalah;

  1. Melawan keradangan

Keradangan yang tidak dikawal akan menyebabkan seseorang boleh dijangkiti dengan penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser. Salah satu cara untuk mengawalnya adalah dengan berpuasa. Amalan berpuasa selama 12 jam sepanjang sebulan dikatakan dapat mengurangkan risiko keradangan, sekaligus mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit kronik yang disebabkan oleh keradangan. 

  1. Dapat mengawal tekanan darah dan tahap kolestrol

Melibatkan aktivit berpuasa ke dalam diet kita dapat memberi kesan positif kepada kadar tekanan darah dan tahap kolestrol dalam badan. Kajian mendapati dengan berpuasa, tekanan darah dapat dikawal dan tahap kolestrol seseorang dapat dikurangkan. Ini sekaligus mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit seperti kencing manis yang mampu melarat kepada sakit jantung.

  1. Meningkatkan fungsi otak

Berpuasa sering kali diperkatakan bukan sahaja sebagai cabaran fizikal, tetapi juga buat mental seseorang. Namun disebalik fakta itu, berpuasa ternyata mampu meningkatan kadar fungsi otak seseorang. Kita lebih fokus dalam melakukan sesuatu ketika sedang berpuasa, menyebabkan sel-sel otak bersambung dan kedua-dua struktur dan fungsi otak akan menjadi semakin baik. Otak yang dapat berfungsi dengan baik dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit seperti Alzheimer serta Parkinson.

  1. Membantu dalam usaha mengurangkan berat badan

Berpuasa menghalang kita daripada kerap kali makan, bermakna ianya juga mengawal pengambilan kalori kita seharian. Pengambilan kalori yang rendah  meningkatkan kadar metabolisma seseorang yang pada akhirnya, dapat membantu dalam mengurangkan berat badan. Berpuasa juga memelihara tisu otot bagi mengurangkan berat dan lemak pada badan.

  1. Melambatkan proses penuaan

Fakta ini mungkin tidak disangka ramai, namun beberapa kajian membuktikan bahawa berpuasa dikatakan dapat meningkatkan jangka hayat seseorang di samping melambatkan proses penuaan. Badan kita melalui proses pemulihan sel ketika berpuasa dan ianya dapat menghasilkan kolagen, menyebabkan kulit anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Manfaat berpuasa terhadap kesihatan badan bukan sahaja datang dari aktiviti itu sendiri, tetapi juga dari aspek lain seperti makanan yang digalakkan ketika berpuasa dan juga hikmah di sebalik waktu sahur dan berbuka itu sendiri. Sepanjang bulan ini, kami akan mengupas lagi bagaimana segala aktiviti rutin yang dilakukan ketika bulan Ramadan dapat memberi impak kepada seseorang di samping turut membincangkan bagaimana sesebuah penyakit dapat memberi kesan kepada pesakit yang sedang berpuasa. Pelbagai topik menarik akan dibincangkan sepanjang bulan ini yang berkemungkinan sangat berguna kepada anda. Nantikan artikel-artikel tersebut sepanjang bulan Ramadan ini.

Selamat menyambut Ramadan 1443 hijrah kepada semua umat Islam dan didoakan semoga Ramadan kali ini membawa lebih keberkatan kepada hidup anda.

Dapatkan Lebih Perkongsian

woman, senior, portrait-100343.jpg

Alzheimer

“Maklumlah…umur dah makin meningkat…biasalah kalau makin pelupa…,” Kita mungkin acap kali mendengar kenyataan di atas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop