MyCoopMed

Khasiat Kurma

Facebook
Telegram
WhatsApp

Bulan Ramadhan menyaksikan pelbagai perubahan yang dilakukan oleh setiap muslim bagi meraikannya. Dan perubahan tersebut bukan sahaja dari segi kekerapan pengambilan makanan seharian yang akan semakin berkurangan, tetapi juga makanan yang kita anggap sebagai ruji setiap kali tiba bulan Ramadhan. Apabila tinggal di Malaysia, semestinya kita mempunyai pilihan makanan yang lebih dari mencukupi untuk kita pilih. Tetapi khas di bulan Ramadhan, kebanyakan dari muslimin dan muslimat yang berpuasa pastinya akan memasukkan makanan ini ke dalam menu berbuka mereka.

Tidak lain tidak bukan, makanan tersebut adalah buah kurma. Ramai antara orang Islam memilih untuk menikmatinya atas sebab ianya adalah makanan sunnah Rasulullah s.a.w selain mempunyai rasa yang manis, sesuai untuk mereka yang telah berpuasa sepanjang hari. Seperti yang kita tahu, segala perlakuan Rasululla s.a.w mempunyai hikmahnya yang tersendiri dan mampu memberi kebaikan kepada semua sekiranya diamalkan. Memakan buah karma adalah antara amalan yang mampu memberi kebaikan tersebut, dan amalan ini hakikatnya tidak perlu terhad untuk diamalkan sekadar pada bulan Ramadhan sahaja. Mari kita selami dengan lebih dalam apakah khasiat pengambilan kurma kepada tubuh badan kita dan juga bagaimanakah ia mendatangkan manfaat kepada orang Islam yang berpuasa.

  1. Mengenyangkan/memberi rasa kenyang berpanjangan

Kurma kaya dengan serat pemakanan yang boleh larut dalam badan terutamanya pectin. Serat-serat ini memberikan rasa kenyang berpanjangan kerana sifatnya yang membuatkan kita ingin meminum air. Ini lantas meningkatkan kadar cecair di dalam perut lalu membuatkan kita berasa cepat kenyang. Ia turut membantu kita untuk tidak makan secara berlebihan dan akhirnya, dapat mengawal kadar pengambilan makanan kita dan berasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama. 

  1. Mengawal pengambilan gula dalam badan

Berpuasa untuk jangka masa yang panjang membuatkan badan kita lebih terarah untuk mengambil makanan penuh karbohidrat dan bergula bagi mengganti semula tenaga yang telah hilang. Namun, karbohidrat seperti nasi atau roti turut mempunyai kadar gula yang terlalu tinggi di samping tidak memberikan rasa kenyang yang berpanjangan. Ini bermaksud kadar gula dalam badan akan meningkat, tetapi ia tidak menggantikan tenaga yang hilang sepanjang berpuasa.Buah kurma terbukti menjadi pengganti yang sesuai untuk makanan-makanan tersebut kerana ia mempunyai kadar gula yang lebih sihat dan lebih semulajadi. Ia lantas menggantikan tenaga yang digunakan untuk berpuasa tetapi tidak memberi kesan sampingan kepada tubuh badan sekiranya diambil pada kadar yang disyorkan.

  1. Melegakan sembelit

Secara umum, kita akan memakan sejumlah makanan setiap hari meskipun pada bulan Ramadhan. Setelah khasiat daripada setiap makanan itu diserap, sisa buangan akan dihasilkan yang akhrinya akan keluar menerusi usus besar ktia. Adakalanya, pengambilan makanan yang berlebihan akan membuatkan terlalu banyak sisa buangan dihasilkan sehingga mampu menyekat saluran usus besar tersebut; membuatkan anda sembelit. Amalan memakan buah kurma mampu mencegah sembelit kerana ia mempunyai kandungan serat yang tinggi, mampu menghasilkan sisa buangan yang pejal dan melancarkan pembuangannya. Buah kurma semestinya dapat membantu dalam proses pencernaan apatah lagi dengan kurangnya pengambilan air pada bulan Ramadhan ini yang pada bulan-bulan lain dilihat sangat membantu.

  1. Meningkatkan tenaga

Setelah melalui proses berpuasa yang panjang, badan kita akan menjadi lemah kerana kurangnya sumber tenaga dari makanan. Buah kurma dapat membantu dalam hal ini dengan menjadi ejen peningkatan tenaga yang efisien untuk mereka yang berpuasa. Buah kurma kaya dengan gula semulajadi seperti fruktosa, sukrosa dan glukos. Pengambilan buah kurma secara berlebihan dapat memberi kesan sampingan terhadap kadar gula dalam badan. Disebabkan itu, jumlah yang disyorkan adalah dalam 2-3 biji sama ada pada waktu sahur atau berbuka. Jumlah tersebut adalah mencukupi untuk memberi tenaga kembali kepada badan kita untuk meneruskan aktiviti harian pada sebelah siang atau pun malam.

  1. Menyokong sistem imun badan

Bukan sekadar pada diet, buah kurma juga dapat memberi kesan kepada sistem imun badan seseorang. Pakar mengesyorkan pengambilan buah kurma disebabkan oleh kandungan beta-glukan yang ada, iaitu jenis polysaccharide; sejenis karbohidrat baik dan lebih kompleks. Buah kurma juga mempunyai kandungan fenolik dan karotenoid; kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang dapat melawan kanser. Selain itu, buah kurma turut mengandungi vitamin yang dapat membantu sistem imun badan disebabkan sifat kurma itu yang memberi kesan antimikrob dan mengandungi ciri-ciri antioksidan.

Khasiat dari buah kurma adalah tidak terhad, sepertimana ianya tidaklah terhad untuk dimakan hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Ianya tetap salah satu makanan sunnah Rasulullah s.a.w yang boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja dan khasiatnya akan kekal sama. Jadikanlah amalan pengambilan buah kurma ini sebagai amalan harian berbanding menjadikannya sebagai makanan ruji hanya ketika kita sedang berpuasa. Nikmatilah segala kebaikan yang datang dari buah kurma sebagai pemberi tenaga, ejen diet dan pembantu sistem imun badan anda tanpa perlu memikirkan bilakah detik yang sesuai untuk dimakan. 

Dapatkan Lebih Perkongsian

woman, senior, portrait-100343.jpg

Alzheimer

“Maklumlah…umur dah makin meningkat…biasalah kalau makin pelupa…,” Kita mungkin acap kali mendengar kenyataan di atas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop